Jadi Bukti Wanita Berhijab Boleh Bergaya! Semakin Mempesona, Nora Danish Disunting Kali Kedua Untuk….

Jadi Bukti Wanita Berhijab Boleh Bergaya! Semakin Mempesona, Nora Danish Disunting Kali Kedua Untuk….


Pelakon terkenal Nora Danish terus mencuri perhatian apabila tampil mempesona dengan imej berhijab sejak Julai 2024.

Penampilannya yang sopan namun kekal bergaya membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu berfesyen dengan penuh keanggunan dan keyakinan.

Terbaharu, Nora dipilih untuk menjadi wajah jenama fesyen Amber untuk kempen Amber Oasis 2.0: Mirage.

Ini merupakan kali kedua Nora disunting untuk menjadi wajah kempen Amber Oasis. Terdahulu, Nora pernah dipilih untuk menjadi wajah kempen Amber Oasis edisi pertama pada sambutan Aidiladha yang lalu.

Melangkah ke dalam pesona Amber Oasis 2.0: Mirage, jenama fesyen Amber menampilkan koleksi yang menggabungkan keindahan padang pasir dengan sentuhan moden yang sofistikated.

Diilhamkan daripada kelembutan alunan pasir dan misteri miraj, setiap helaian dalam koleksi ini menyerlahkan keanggunan semula jadi serta femininiti yang halus.

Menurut Pemilik Amber dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan, koleksi ini bukan sekadar memperkenalkan rekaan baharu, tetapi membawa mesej bahawa setiap wanita berhak untuk tampil anggun dan yakin dengan cara tersendiri.

“Amber Oasis 2.0: Mirage adalah lambang wanita moden yang berani, lembut dan penuh karakter. Kami mahu wanita berasa selesa dalam setiap helaian tanpa perlu berkompromi dengan nilai kesopanan.

“Fabrik yang digunakan juga dipilih dengan teliti supaya sesuai dipakai sepanjang hari tanpa rasa panas atau melekat di badan,” katanya.

Adzliana menambah, nama Mirage dipilih kerana menggambarkan ilusi dan bayangan indah seperti sesuatu yang tampak jauh namun mempesona, sama seperti pesona seorang wanita yang penuh rahsia dan daya tarikan tersendiri.

“Setiap potongan direka untuk meraikan keanggunan wanita daripada pelbagai latar usia dan personaliti. Ia adalah penghormatan kepada wanita yang kuat tetapi tetap lembut dalam gaya dan tutur,” jelasnya.

Sementara itu, Nora yang menjadi wajah utama kempen ini berkata, dia bangga dapat mewakili jenama yang meraikan keindahan wanita berhijab tanpa meninggalkan elemen fesyen.

“Saya percaya berhijab bukan penghalang untuk tampil bergaya. Apa yang penting ialah keselesaan dan keaslian diri. Koleksi Mirage ini sangat dekat dengan jiwa saya kerana ia memadukan kesederhanaan dengan keanggunan moden,” katanya.

Koleksi Amber Oasis 2.0: Mirage menampilkan tiga rekaan utama iaitu Bella, Laila dan Medina yang masing-masing menyerlahkan gaya elegan dan moden. Bella (RM389) menggunakan Shimmering Voile dengan tona bumi, Laila (RM269) berfabrik Armane Satin dalam warna lembut dan berani, manakala Medina (RM329) tampil flowy dengan lengan reben romantik dalam rona hangat dan memikat.

Menggunakan fabrik ringan dan mudah digosok, koleksi ini memberi keselesaan maksimum tanpa mengorbankan gaya sekali gus meraikan keanggunan, kekuatan dan misteri seorang wanita.

Pelancaran Amber Oasis 2.0: Mirage – A Secret by The Desert menandakan kesinambungan kejayaan Amber dalam memperkukuh kedudukannya sebagai jenama fesyen tempatan yang terus melangkah ke pentas antarabangsa melalui rekaan yang elegan, eksklusif dan bermakna buat setiap wanita.





Source link

OR

Scroll to Top