Penaynyi Ina Naim mengakui risau serta tidak boleh melelapkan mata apabila anak sulungnya, Ehmad Hadie tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama rakannya.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Ina berkata dia bimbang jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kepada anaknya itu serta berdoa agar anaknya dijauhkan daripada maksiat dan zina.
BACA: Hadie Bakal Berlakon, Ina Naim Letak Syarat Tiada Babak Bersentuhan
“Ibu nampak abang (Hadie) bawa beg keluar dari rumah Amar, mesti tumpang tidur rumah Odah (Audra). Ibu risau, ibu tidak boleh tidur malam. Sampaikan ibu berdoa, ‘Ya Allah, jauhkanlah anak aku daripada maksiat dan zina’,” katanya.
Sementara itu, Ina berkata dalam dunia sekarang yang penuh dugaan ini seseorang itu mudah terjerumus ke arah keburukan tidak kira bagaimana pegangan agama mereka.
“Ibu sangat risau. Syaitan kalau nak hasut manusia, sesiapa Syaitan boleh hasut. Orang pakai kopiah atas kepala pun boleh letak tepi kopiah dia.
“Ibu dah 41 tahun hidup, pelbagai dugaan dan ujian. Ibu gelisah, nak tidur pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Itulah naluri seorang ibu,” katanya.
Difahamkan, sejak menyertai TTMM, Hadie, Audra dan Ammar sangat akrab sehingga menamakan kumpulan mereka sebagai Trio Mut.






