Pelakon Linda Hashim meluahkan rasa kesal apabila suaminya, Beego tidak hadir ke acara penting anak kedua mereka yang menyertai International Choir Festival,
Menerusi perkongsian di Insta Story, Linda berkata batang hidung Beego tidak kelihatan sehinga dia perlu menanggung kerugian kerana sudah membeli tiket.
BACA: “Dia Akan Mangga Pintu Dari Luar” – Linda Hashim Dakwa Dipukul Sejak 2016

“Anak masuk International Choir Festival kot. Batang hidung pun tak nampak. Burn je lah tiket aku beli. Sambut birthday kawan hari-hari boleh pula,” katanya.
Sementara itu, Linda turut meninggalkan komen di TikTok video permohonan maaf Beego terhadap anak mereka dimana aktres itu mendedahkan suaminya sering meluahkan masa dengan kawan-kawan.

“Pergi goyang boleh je hari-hari. Sambut birhday kawan-kawan, datang hari penting anak-anak tak pernah muncul langsung.
“Anak ambil anugerah tiap tahun pun batang hidung tak pernah nampak. Tak rasa rugi ke tak dapat momen ni dengan anak-anak?” katanya.
Terdahulu, Linda memfailkan perceraian atas alasan tiada persefaham namun sehingga kini proses perceraian mereka masih belum dapat diselesaikan secara baik.






