Ariff Bahran Kecewa Ditawar RM1,400 Untuk Nyanyi Dua Lagu

Ariff Bahran Kecewa Ditawar RM1,400 Untuk Nyanyi Dua Lagu


Penyanyi Aliff Bahran meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa menerima tawaran bayaran terlalu rendah untuk khidmat nyanyiannya.

Menerusi satu video, Ariff berkata dia ditawar sebanyak RM1,400 untuk menyanyikan dua buah lagu berbanding lapan tahun lalu dia pernah ditawar RM25,000.

BACA: Ariff Bahran Bangga Dapat Beli Kereta Porsche Hasil Main ‘Trading’ 

“Dua lagu untuk RM1,400. Aku nak makan apa? Ini yang membuatkan aku tak mahu menyanyi. Dulu Alhamdulillah aku pernah dapat RM25,000 dalam tujuh atau lapan tahun lepas. Masa itu pun aku masih bujang dan market masih ada,” katanya.

Sementara itu, Ariff berkata meraih lebih banyak keuntungan dengan kerjayanya yang hanya duduk di pejabat serta menitipkan pesanan kepada anak muda untuk mencari pendapatan berbanding mengejar populariti.

“Duduk dalam pejabat dalam sehari sahaja aku boleh buat lagi banyak keuntungan berbanding bernyanyi di luar sana

“Untuk penyanyi-penyanyi baru yang nak menyanyi di luar sana, adakah anda pasti? Habiskan masa muda anda dengan berniaga daripada kejar glamour,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top