Jenazah Cikgu E selamat dikebumikan

Jenazah Cikgu E selamat dikebumikan


Ipoh: Jenazah bekas guru, Nassry Mardee Ismail, 45, atau lebih mesra disapa Cikgu E, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya 9, di sini, malam ini.

Terdahulu jenazah dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Al-Ansar Meru Impian, selepas solat Maghrib.

Ribuan orang ramai termasuk saudara mara dan sahabat handai menyertai solat jenazah dan menghantar jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan, bagi memberikan penghormatan terakhir.

Nassry Mardee meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top