Hatta Dolmat Sebak Kenang Momen Bersama Keluarga Hafiz Suip -“Hari Ini, Momen Ini.. Hit Deeply Different!”

Hatta Dolmat Sebak Kenang Momen Bersama Keluarga Hafiz Suip -“Hari Ini, Momen Ini.. Hit Deeply Different!”


Di sebalik senyuman dan kejayaan yang dikecapi penyanyi berbakat besar, Hafiz Suip, rupa-rupanya tersimpan kisah pilu yang menyentuh hati apabila pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat sempat berkongsi momen penuh emosi di belakang pentas ketika konsert penyanyi itu yang berlangsung baru-baru ini.

Kata Hatta atau nama lengkapnya, Muhammad Hatta Dolmat, suasana di belakang pentas ketika malam konsert tersebut penuh dengan kegembiraan, namun dalam masa sama turut diselubungi rasa sebak.

“Ada masa sukar ada masa hafiz hadapi ujian dan dugaan, kita yang bersama hafiz kita fahami. Malam konsert tu happy sangat the vibe kat backstage sempat borak dengan mak dan ayah hafiz dengar cerita ayah hafiz dan sempat beri kata semangat.

“Mak Hafiz masa tu, dan moment Pelangi Petang kita semua peluk dan nangis sebab Lily rindu arwah ibu dia. Tapi hari ini, moment ini hit deeply diffrent. Dengan perkhabaran yang di terima.

“Pada abang dengan sokongan dan respond kejayaan Hafiz dah mampu boost confident dan semangat Hafiz untuk terus bersinar seperti matahari. Sebab Hafiz adalah Hafiz Suip: Prestij!,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Dalam hantaran penuh emosi itu, Hatta turut menitipkan doa agar roh arwah ibu Hafiz, Halizawati Haji Salleh ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dikasihi Allah SWT.

Sekali gus, menyeru agar semua peminat dan sahabat mendoakan kekuatan buat penyanyi kelahiran Sarawak itu untuk terus melangkah dalam dunia seni dengan semangat yang baru.

“Tiada siapa dapat fahami ujian yang dilalui Hafiz dan moga Allah hadiahkan sesuatu yang hebat di masa depan mu. Kita semua sayang Hafiz.

“Berilah apa jua semangat dan kekuatan yang maha hebat dan agung untuk Hafiz yang kau baru pulihkan semangatnya. Aku mohon kau berilah, kurniakanla pada dia,” luahnya.

Terdahulu, pelantun lagu Masih Jelas itu berkongsi khabar duka menerusi hantaran di Facebook miliknya apabila ibu tercinta dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.

Sekadar info, Hafiz sebelum ini memaklumkan, kaki ibunya terpaksa dipotong akibat penyakit tersebut sudah berkait dengan masalah organ lain serta tahap kencing manis yang terlalu tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Hafiz Suip Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN:Hafiz Suip Rancang Tempah Kaki Palsu Buat Ibu Tersayang

ARTIKEL BERKAITAN:Terpaksa Berjauhan Dengan Isteri & Anak-Anak, Hafiz Suip Kini Menetap Di Kuching Demi Jaga Ibu Atas Masalah Kesihatan

ARTIKEL BERKAITAN:Dedah Sebab Delete Akaun Instagram, Hafiz Suip Dah Malas Jadi Hipokrit – “Kecaman Agak Ketara Antara…”

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Fitnah Rumah Tangga, Hafiz Suip Minta Netizen Jangan Menyibuk! -“Kau Orang Tak Ada Hak Pun Nak Tahu Pasal Urusan Peribadi Saya”



Source link

OR

Scroll to Top