“Nubhan Ayah Yang Baik, Saya Tak Halang Dia Jumpa Anak-Anak”

“Nubhan Ayah Yang Baik, Saya Tak Halang Dia Jumpa Anak-Anak”

“Nubhan Ayah Yang Baik, Saya Tak Halang Dia Jumpa Anak-Anak”


Isteri kepada Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkata dia akan mengekalkan hubungan baik dengan suami demi anak-anak serta tidak mahu mereka rasa kehilangan.

Memetik BH Online, Dr Fie turut menyifatkan Nubhan seorang bapa yang baik kepada tiga anak mereka dan tidak menghalang suaminya bertemu anak-anak.

BACA: Jawab Dakwaan Tak Suap Anak, Dr Fie Guna Teknik Baby-Led Weaning

“Sekarang ini, anak-anak lebih banyak bersama saya kerana masih bersekolah. Nubhan pun agak sibuk sekarang. Tetapi, kalau Nubhan ada masa terluang, saya tidak halang untuk dia jumpa dengan anak-anak supaya mereka tak rasa kehilangan.

“Bagi saya, Nubhan ayah yang baik. Saya tak mahu jauhkan dia dengan sesiapa. Anak-anak berhak untuk berseronok dan meluangkan masa dengan sesiapa pun,” katanya.

Sementara itu, Dr Fie berkata dirinya dilihat tenang kerana anak-anak kerana dia mahu yang terbaik untuk mereka. Tambahnya lagi, dia turut bersyukur ditemukan dengan orang-orang yang baik.

“Alhamdulillah saya tenang, sebab saya ada anak-anak. Saya pun mahu anak-anak tengok saya bukan sebagai seorang ibu yang lemah dan bukan sebagai ibu yang tak boleh terima. Saya hendak kalau saya kuat, anak-anak saya pasti boleh kuat macam saya.

“Allah temukan dengan orang-orang yang baik untuk saya teruskan hidup dan perbaiki diri. Saya juga bersyukur, Alhamdulillah dapat banyak rezeki yang tak disangka. Jadi, mungkin ini adalah ujian untuk saya menjadi lebih matang dan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Sumber: BH Online






Source link

OR

Scroll to Top