“Tumpangkan Kereta Pun Boleh Jadi Punca, Jangan Buka Ruang Untuk Curang” 

“Tumpangkan Kereta Pun Boleh Jadi Punca, Jangan Buka Ruang Untuk Curang” 


Pelakon Rozita Che Wan berkata curang adalah satu pilihan dan bukan perkara yang berlaku secara tiba-tiba.

Memetik Astro Gempak, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata seseorang itu boleh berlaku curang dengan sesiapa sahaja serta memberikan contoh tumpangkan seseorang juga boleh menjadi punca.

BACA: Che Ta Masih Belum Bayar Hutang MARA RM443,392…”

“Curang ini adalah satu pilihan sebenarnya dan dia ada dekat mana-mana. Tak perlu nak cari ke apa sebab dia (curang) boleh berlaku dengan sendiri.

“Macam contoh, seseorang itu boleh curang dengan sesiapa sahaja seperti kawan kepada isteri dan kawan tempat kerja.

“Curang ini juga boleh bermula daripada tindakan kau yang hanya tumpangkan seseorang itu ke satu tempat. Itu pun sebenarnya dah boleh jadi menggoda dah,” katanya.

Sementara itu, Che Ta berkata curang berlaku apabila seseorang itu membuka ruang kepada orang ketiga serta menitipkan nasihat kepada orang ramai untuk mengelakkan diri daripada perkara yang boleh menghancurkan rumah tangga.

“Korang kena elakkan daripada berlaku benda-benda macam ni. Kita kena selalu fikir yang sesuatu perkara itu boleh mendatangkan fitnah.

“Jadi jangan mulakan kecurangan ini. Janganlah cakap, ‘Eh tak adalah kita kawan biasa je’.  Jangan bagi ruang sebab curag ini puncanya ialah sebab bagi ruang.

“Mula-mula memang keluar makan, lepas itu luah perasaan tapi hujung-hujung? Perasaan kau yang terluah dekat dia. Jadi, apa-apa pun, korang memang kena ‘avoid’,” katanya.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top