11 September 2024 03:11pmMasa membaca: 4 minit
KEDAH Darul Aman (KDA) FC dilihat bakal menurunkan skuad muda pada aksi Liga Super 2024-2025 menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada Sabtu ini.
Latihan Sang Kenari yang berjalan di Stadium Darul Aman pada Selasa menyaksikan hanya pemain muda sahaja yang berlatih bersama Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain.
Menurut sumber, masa bagi mempersiapkan pasukan untuk aksi Liga Super semakin suntuk kerana tiada pemain utama skuad Hijau Kuning yang turun menjalani latihan setakat ini.
“Latihan pada petang Selasa hanya dibarisi pemain muda yang terdiri dari skuad muda bawah-23 tahun Kedah dan dikendalikan oleh barisan kejurulatihan utama KDA FC.
“Tidak mustahil jika skuad muda akan mengambil alih tugas yang ditinggalkan pemain senior mereka bagi perlawanan menentang KL City di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu ini,” katanya.
Pada 6 September lalu, Sinar Harian melaporkan masalah kewangan dipercayai menjadi antara punca pemain KDA FC tidak turun berlatih.
Menurut sumber, hanya ketua jurulatih, Nafuzi Zain dan staf kelab dilihat turun ke padang latihan, namun para pemain tidak kelihatan.
OR