Reziq tinggalkan Selangor, kembali ke Jordan

Reziq tinggalkan Selangor, kembali ke Jordan


KUALA LUMPUR – Penyerang import kelahiran Jordan, Reziq Bani Hani menjadi pemain pertama meninggalkan Selangor FC pada jendela perpindahan kedua yang dibuka ketika ini.

Reziq yang menandatangani kontrak bersama The Red Giant pada awal musim ini hanya beraksi setengah musim dengan membuat lima penampilan serta satu jaringan.

Kehilangan pemain muda itu memberi tamparan hebat buat skuad kendalian Nidzam Jamil yang bakal beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 pada 19 September depan.

Reziq yang berusia 22 tahun itu membuat keputusan meninggalkan Selangor untuk menyertai sebuah kelab di Jordan.

Selangor FC dalam satu kenyataan merakamkan ucapan terima kasih atas khidmatnya sejak awal musim 2024/2025 selain mengucapkan selamat maju jaya buat Reziq yang telah memilih membawa haluan baharu.

Selangor FC mengumumkan perkembangan itu selepas tamat aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 di antara Palestin dan Jordan.

Reziq antara pemain yang berada dalam senarai bangku simpanan skuad The Chivalrous Ones, malam tadi di Stadium Cheras di sini.

Jordan mencatat kemenangan 3-1 untuk berada di kedudukan teratas kumpulan B setakat ini. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top