Lesti Kejora Tampil ‘Versatil’ Dengan Balutan ‘Modest Hijab’ Meski Kini Bergelar Ibu Muda! – Hijabista

Lesti Kejora Tampil ‘Versatil’ Dengan Balutan ‘Modest Hijab’ Meski Kini Bergelar Ibu Muda! – Hijabista

Jika Thanatophobia merupakan rasa takut terhadap kematian, Phasmophobia pula adalah rasa takut pada hantu secara berlebihan. Maklumlah, sekarang ini kan ramai orang ligat pergi ke pesta ‘Night Of Fright’ di Sunway Lagoon. Buat anda yang menghidapi Phasmophobia, pergi ke pesta seram ataupun rumah hantu mungkin merupakan mimpi buruk buat anda. 

Segalanya mengenai Phasmophobia

Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!

Phasmophobia ini bukanlah sekadar ‘takut hantu’, malahan ianya lebih intense dan melampau. Contohnya, rasa takut dengan perkara mistik, melihat gambar, video, filem dan juga rasa takut untuk memasuki rumah hantu. Memang tiada harapan lah mereka ini mahu memasuk rumah hantu seperti ‘Night Of Fright’. Takut pulak perkara tidak diingini berlaku!

Orang yang menghidapi phasmophobia ini takut akan segala yang berkaitan dengan hantu. Sehinggakan, mendengar perkataan ‘hantu’ pun mampu mencetuskan rasa takut. Jangan ambil ringan ya, perkara kecil yang berkaitan dengan hantu atau benda lain boleh mencetuskan gangguan kecemasan kepada mereka.

Phasmophobia ini juga sangat sukar dikawal. Bukan sahaja minda seseorang boleh terganggu, malah kesihatan fizikal dan aktiviti harian juga boleh terjejas. Fobia jenis ini tidak mengenal usia, jadi sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Kanak-kanak yang takut hantu sejak kecil juga mungkin akan mengalami phasmophobia apabila dewasa.

Tanda-tanda phasmophobia: 

Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!

  • Anda sering rasa seperti diperhatikan oleh hantu atau makhluk ghaib.
  • Rasa cemas apabila mula mendengar cerita mengenai perkara ghaib atau hantu.
  • Mengalami gejala seperti berpeluh sejuk, badan menggigil, dan jantung berdegup kencang.
  • Badan terasa kaku, tidak dapat menumpukan perhatian, dan tidak dapat berfikir dengan jelas apabila berada di tempat yang sunyi dan gelap.

Punca phasmophobia

Menurut pakar psikologi Ikhsan Persada, punca atau penyebab sebenar phasmophobia ini masih tidak diketahui sehingga kini. Namun, terdapat beberapa faktor asas yang membuatkan seseorang itu boleh mengalami phasmophobia. Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu secara berlebihan:

1. Pengalaman traumatik atau menakutkan

Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!
Kanak-kanak yang pernah mengalami peristiwa mistik seperti dibuli atau melihat hantu berkemungkinan tinggi boleh mengalami phasmophobia. Tambahan itu, seseorang yang mempunyai pengalaman menakutkan yang melibatkan hantu atau rumah berhantu, juga berkemungkinan mengalami phasmophobia. Contohnya, pernah ‘terserempak’ dengan benda ghaib tersebut atau mengambil gambar lepastu ‘benda’ tersebut terselit di belakang. Pasti trauma… Kerap juga mendengar orang dulu-dulu pesan untuk tidak mengambil sebarang gambar waktu maghrib, takutlah!

Pernah tak anda merasa ‘meremang‘ apabila menonton babak-babak seram ketika menonton filem? Kadang-kadang ada filem yang mempunyai ‘unsur’ bacaan keagamaan. Seram sejuk dibuatnya! Untuk pengetahuan anda, menonton filem menakutkan dan pengaruh budaya atau agama lain yang berkaitan dengan alam ghaib juga boleh menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu.

2.Faktor genetik dan persekitaran

Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!

Didikan di rumah memainkan peranan penting dan mampu memberikan kesan terhadap kehidupan seharian anda. Bayangkan jika seorang kanak-kanak itu daripada kecil sudah biasa melihat ibu bapa mereka atau orang sekeliling takutkan hantu, sudah pasti anak-anak pun akan terikut takut sama. Ini kerana mereka lebih mudah terikut-ikut melihat perkara yang ibu bapa mereka lakukan. Kanak-kanak tersebut pasti akan berfikir, ibu bapa pun boleh takut, apatah lagi orang yang mungkin tiada kuasa untuk melawan benda-benda mistik ini. Penyelidikan juga telah mendapati bahawa orang yang mempunyai ahli keluarga rapat dengan fobia atau jenis gangguan kecemasan lain lebih cenderung untuk mengalami fobia.

3.Terlalu taksub dengan perkara ghaib

Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!
Terlalu mempercayai perkara ghaib juga boleh menjadi faktor yang mendasari seseorang mengalami phasmophobia. Sebagai contoh, anda percaya bahawa pergi ke luar pada waktu matahari terbenam adalah berbahaya. Ini disebabkan matahari terbenam sebelum malam dipercayai adalah waktu makhluk ghaib sedang aktif. Tambahan itu, sesetengah orang percaya bahawa bangun pada waktu awal pagi merupakan petanda bahawa ada makhluk ghaib memerhatinya dari sudut bilik.

Kesan buruk Phasmopobia

Ketakutan terhadap hantu secara kelebihan ini boleh muncul pada bila-bila masa dan boleh memberi kesan buruk kepada penghidap,di antara kesan buruknya ialah:

Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!

Orang yang mengalami penyakit ini kerap mendapat tidur yang tidak cukup. Ini kerana bila tiba waktu malam…mulalah fikir mengenai hantu. Ketakutan terhadap hantu mulai menyelebungi. Bila nak tutup mata je, mulalah terbayang ada hantu berdekatan. Kalau anda baru habis menonton filem seram, mulalah terbayangkan babak-babak yang seram. “Macam mana kalau ada hantu bawah katil?..” Memang tak tenang lah nak tidur. Gangguan tidur ini menyebabkan anda tidak mempunyai tenaga dan sukar untuk berfikir dengan jelas pada siang hari. Ia juga mampu membuatkan anda lesu dan boleh mengurangkan produktiviti.

Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!

Situasi ini boleh berlaku bukan sahaja ketika anda bersendirian, bahkan boleh berlaku ketika sedang berada bersama ramai orang. Antara tanda-tanda kecemasan yang berlebihan adalah apabila anda mulai rasa jatung berdetak laju, mual, peluh dingin, pening sehingga rasa nak muntah.

Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!

Jika anda sering mengalami dua kesan buruk diatas, anda berisiko untuk mengalami kemurungan. Kemurungan yang tidak dirawat boleh menyebabkan seseorang berfikir tentang bunuh diri.

Cara mengubati Phasmopobia

Anda boleh cuba mengubati phasmopobia ini menggunakan bantuan ubat-ubatan dan juga psikoterapi. Contoh ubatan yang boleh diambil adalah ubatan yang sering digunakan untuk merawat fobia, seperti anti depresi dan ubat anti-kecemasan. Kedua-dua ubat ini boleh melegakan reaksi berlebihan emosi kerana ketakutan yang anda alami, dan membantu menghentikan atau mengurangkan tindak balas fizikal, seperti jantung berdebar atau loya. Ubat antidepresan dan anti-kecemasan berkesan dalam mengurangkan gejala fobia dengan cepat.

Selain itu, anda boleh juga melakukan rawatan psikoterapi. Pakar kesihatan mental akan membantu penghidap phasmopobia untuk memahami punca ketakutan anda. Seterusnya, dengan menjalani rawatan psikoterapi, ianya membantu membangunkan mekanisme pertahanan yang boleh digunakan apabila anda mula merasakan ketakutan.

Artikel berkaitan: “Dengar Suara Meracau, Menjerit …” Gadis Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Sebulan Tinggal Di Wad Psikiatri

Anda telah mengetahui punca, tanda, kesan dan juga cara untuk mengubati phasmophobia ini. Jangan pernah memperlekehkan sesiapa yang mempunyai fobia berlebihan terhadap hantu. Selepas ini, jika anda ataupun orang sekeliling mula menunjukkan tanda Phasmophobia, dapatkan bantuan dengan segera.

Artikel berkaitan: Sedih, Resah Dan Gelisah, Amal Zikir Fatimiyah Agar Lebih Tenang. Bagus Untuk Hijabi Hadapi ‘Anxiety Attack’!

Sumber info dan gambar: KlikDokter,  HaloDoc dan Google

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

OR

Scroll to Top