Kos Makanan Tinggi Di Semua Negeri, Kecuali Kelantan

Kos Makanan Tinggi Di Semua Negeri, Kecuali Kelantan


Oktober 2025 memperlihatkan indeks harga pengguna di Malaysia yang menjadi pengukur kepada paras inflasi kini kekal sederhana iaitu kepada paras 1.3%.

Mengikut makluman Jabatan Perangkaan (DOSM), kenaikan lebih perlahan ini antaranya sokongan penyasaran subsidi seperti inflasi pengangkutan lebih terkawal dengan menurun kepada -0.1%. Selain itu tindakan pelarasan kadar kos bahan api secara automatik (AFA) turut mendorong kepada peningkatan yang lebih perlahan ke atas inflasi perumahan, air, elektrik, gas dan bahapi kepada 1.1%. Akses sedemikian dilihat membantu pengguna negara menikmati paras inflasi yang lebih terkawal pada bulan lalu.

Namun, berbeza dengan paras inflasi makanan mengikut taburan negeri – DOSM dapati 13 negeri memaparkan peningkatan inflasi makanan pada tempoh tersebut dan hanya Kelantan sahaja alami penurunan kepada -0.6%.

Jelas DOSM, 8 negeri merekodkan peningkatan melepasi paras nasional bagi inflasi Makanan & Minuman (1.5%), iaitu Negeri Sembilan (2.6%), Wilayah Persekutuan Labuan (2.5%), Melaka (2.3%), Pahang (2.1%), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.0%), Johor (1.9%), Selangor (1.7%) dan Terengganu (1.7%), manakala, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah dan sama dengan paras inflasi nasional Makanan dan Minuman.

Sumber: Rnggt / Amanz Media






Source link

OR

Scroll to Top