“Mama Tetap Pilih Untuk Sayang Awak Dengan Ikhlas” – Luahan Isteri Fizi Ali Buat Ameena Sofea Menyentuh Hati

“Mama Tetap Pilih Untuk Sayang Awak Dengan Ikhlas” – Luahan Isteri Fizi Ali Buat Ameena Sofea Menyentuh Hati


Isteri kepada penyampai radio dan pelakon, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha mencuri tumpuan selepas berkongsi sebuah surat dipercayai ditulis oleh anak tirinya, Ameena Sofia.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, surat tersebut menyatakan hasarat dan terpapar keterujaan anak kecil itu mahu apabila menunaikan ibadah Umrah bersama bapa dan ibu tirinya.

Sementara itu, Zulaikha yang menggelarkan dirinya sebagai Mama Tiz ini turut meluahkan rasa kasih dan sayangnya terhadap Ameena.

“Walau apa pun ujian yang datang dalam perjalanan kita, Mama tetap pilih untuk sayang awak dengan hati yang ikhlas. Setiap hari Mama belajar memahami, menerima, dan memeluk awak dengan penuh kasih.

“Semoga Allah sentiasa menjaga hubunga kita, melembutkan hati kita, dan mengikat kasih sayang ini dalam kebaikan. Awak tetap anak Mama, dalam doa dan dalam kasih,” katanya.

Sebelum ini, bekas isteri Fizi iaitu pelakon, Shakilla Khoriri mendakwa sembilan hari tidak dapat khabar berita daripada anaknya, Ameena ketika menunaikan Umrah bersama bapanya.

Artikel Berkaitan: Ameena Tunai Umrah Bersama Fizi Ali, Shakilla Khoriri Dedah 9 Hari Tak Dengar Khabar Anak – “Umi Tak Berkecil Hati”

Artikel Berkaitan: Fizi Ali Persoal Tindakan Shakilla Khoriri, Minta Jangan Bangkitkan Isu – “Ameena Yang Tak Minta Untuk Call”



Source link

OR

Scroll to Top