Penyanyi dangdut terkenal, Amelina menyorot perhatian apabila meluahkan rasa geramnya terhadap individu yang didakwa suka mengambil kesempatan atas nama ‘pengorbanan’.
Menerusi hantran di Threads, Amelina atau nama lengkapnya, Norazlina Amir Sharipuddin, menegaskan terdapat segelintir pihak yang sering menggunakan ayat manis kononnya kejayaan datang daripada pengorbanan diri sendiri, namun hakikatnya orang lain yang menanggung kesusahan akibat perbuatan tersebut.
“Konon selalu guna perkataan ayat ‘Kejayaan akan sampai kerana pengorbanan kau!
“B*t*h lah pengorbanan kalau kau buat pengorbanan tu pada diri kau, tapi kalau kau korban kan hidup orang lain, kesengsaraan orang lain, harta benda orang lain, itu bukan pengorbanan kau hanat.
“Itu kau korbankan orang lain untuk kejayaan kau,” katanya.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak namun, hantaran tersebut menerima pelbagai respons dalam kalanagn warganet termasuklah pempengaruh dan juga suami kepada Shila Amzah, Ubai MZ.







