Anak kepada arwah Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq berkata mengimamkan solat jenazah adalah hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada bapanya.
Memetik Oh Bulan, Syafiq berkata sebagai anak dia mahu melakukan yang terbaik buat bapanya ketika jasad bapannya masih berada di depan mata sebelum dikebumikan.
BACA: Dharma Harun Meninggal Dunia
“Saya mandikan dia tanpa rasa segan sebab dia adalah bapa saya.Lepas tu saya tertanya-tanya, boleh ke saya nak imamkan atau ada orang lebih afdal? Saya tanya imam dan juga pak cik saya, kebetulan dia kata, ‘anak lebih afdal, itu lebih baik’.
“Saya cakap dengan diri saya, saya nak buat yang terbaik untuk ayah. Saya mungkin tidak jumpa dia waktu nafas terakhir tetapi sekurang-kurangnya ini adalah hadiah terbaik pada pengakhiran dia ketika jasad masih di bumi,” katanya.
Sementara itu, apabia ditanya punca kematian bapanya, Syafiq berkata disebabkan sakit tua apatah lagi ramai mengetahui keadaan bapanya.
“Uzur sebab dia memang dah berusia. Rasanya semua dah tahu keadaan ayah sebelum ini macam mana. Ayah memang dah hilang selera makan,” katanya.
Sumber: Oh Bulan






