Sharnaaz Ahmad Luah Rasa Rindu Buat Arwah Ayah – “Terima Kasih Ajar Saya Jadi Manusia Kental”

Sharnaaz Ahmad Luah Rasa Rindu Buat Arwah Ayah – “Terima Kasih Ajar Saya Jadi Manusia Kental”


Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad berkongsi momen penuh emosi apabila dia kembali mengenang pemergian arwah ayahnya, Datuk Basir Ahmad Nazir Ahmad yang meninggal dunia setahun lalu tepat jam 1.43 pagi.

Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz menyifatkan pemergian bapanya itu sebagai pengajaran yang paling besar dalam kehidupannya. Malah, membentuk dirinya sebagai seorang yang kuat dan kental berdepan dugaan hidup.

“Salam Papa, Miss you a lot Pa.. Haishhh janji tak nangis this time. Just nak cakap, I am doing well. I am getting there, Papa.

“I did make u proud .. I have been a great dad like you always are. Terima kasih banyak ajar jadi manusia yang kental. Jadi diri sendiri walaupun orang tak suka kita sebab kita jujur.. pantang tipu orang, pantang cakap bohong. That is what you always tough me.

“Dan hari ini iaitu pada tahun lalu, tepat jam 1.43 pagi anda meninggalkan kami semua. Tenang. Namun, kamu meninggalkan banyak pengajaran dalam hidup saya. Terima kasih, Papa. Saya sayang Mama dan Papa.

“I am number 1 in what I do best. All because of you  My dear mentor, idol, role model dan penyokong nombor satu saya. Al-fatihah Basir Ahmad Nazir Ahmad,” katanya.

Sekadar info, Bapa Sharnaaz dilaporkan meninggal dunia pada 27 November 2024.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh aktor itu menerusi hnataran di Instagram miliknya.

“Hero saya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi ini. Dia tidak pernah berhenti putus asa, hanya jantungnya sahaja yang berhenti berdegup.

“Dia selamanya akan menjadi hero dan juara untuk saya. Saya sayang papa, Al- Fatihah papa,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Hati ‘Beku’, Sambutan Syawal Sharnaaz Ahmad Penuh Hiba Tanpa Bapa Tercinta 

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Seloroh Minta Sharnaaz Ahmad Selaku Presiden Duda Malaya Serap Kamal Adli Jadi ‘Ahli Baru’, Ini Respons Empunya Badan – “Belum Official Lagi”

ARTIKEL BERKAITAN:Sharnaaz Ahmad Tegur Golongan Duda Buat Trend Jamilah – “Kita Ada Style, Bukan Desperate”

ARTIKEL BERKAITAN:“I Am Jobless! Aku Perlukan Filem Yang Best”- Sharnaaz Ahmad

ARTIKEL BERKAITAN:FFM 34: Tak Kejar Trofi, Sharnaaz Ahmad Mahu Kemenangan Berdasarkan Kualiti & Ketelusan

ARTIKEL BERKAITAN:

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Seloroh Minta Sharnaaz Ahmad Selaku Presiden Duda Malaya Serap Kamal Adli Jadi ‘Ahli Baru’, Ini Respons Empunya Badan – “Belum Official Lagi”



Source link

OR

Scroll to Top