USIM rai 32 graduan sulung teknologi industri kesihatan

USIM rai 32 graduan sulung teknologi industri kesihatan


SEREMBAN: Seramai 32 orang gra­duan sulung Program Tek­no­logi Industri Kesihatan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-23 universiti itu semalam.

Lebih membanggakan 31 da­ripada mereka berjaya meraih ijazah kelas pertama.

Program tersebut antara tujuh program pengajian baharu yang diperkenalkan serta menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan kerja yang merangkumi dua tahun pengajian di universiti dan latihan industri selama satu tahun setengah bagi memenuhi keperluan sektor kesihatan dan industri farmaseutikal.

Salah seorang graduan, Nur­waheeda Muhammad Zulkafli, 23, berkata, minat dalam bidang perubatan sejak kecil mendorongnya untuk memilih program tersebut bagi menyambung pengajian.

Katanya, sebagai kumpulan sulung, antara cabaran dihadapinya termasuk tiada rujukan senior, selain perlu menyesuaikan diri dengan sistem latihan industri yang baharu serta kurikulum yang masih diperkemas.

“Sepanjang pengajian, saya juga dihimpit masalah kewa­ngan sehingga pernah terdetik untuk berhenti belajar. Saya selalu berfikir, patutkah saya berhenti? tetapi akhirnya saya kuatkan semangat untuk sambung demi membanggakan emak dan ayah,” katanya kepada Utusan Malaysia pada sidang kelima Majlis Konvokesyen ke-23 USIM di Dewan Tuanku Canselor USIM, Nilai di sini semalam.

Tambahnya, antara dorongan terbesar untuk meneruskan pengajian adalah hasrat untuk memberi peluang kepada ibu bapanya merasai pengalaman hadir ke majlis graduasi. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top