Tiada manifesto ekstravaganza, hanya mahu teruskan pembangunan – Calon GRS Kunak

Tiada manifesto ekstravaganza, hanya mahu teruskan pembangunan – Calon GRS Kunak


Kunak: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) DUN Kunak, Datuk Norazlinah Arif mahu meneruskan pelan pembangunan yang sudah dirancang dan sedang berjalan sekiranya diberi mandat sekali lagi di kawasan itu.

Katanya, selama dua penggal beliau menjadi wakil rakyat di Kunak, kawasan itu semakin membangun dengan pelbagai projek yang memberi limpahan ekonomi secara langsung kepada penduduk setempat.

“Fokus kita adalah meneruskan pelan-pelan pembangunan untuk daerah Kunak.

“Tidak ada manifesto yang ekstravaganza, selain daripada memastikan semua yang ada dalam pelan strategik Kunak dilaksanakan sepenuhnya.

“Antaranya adalah memastikan kompleks sukan itu berjaya dimiliki oleh belia-beliau di sini, selain dewan masyarakat yang kami impikan.” katanya.

Tambahnya, beliau turut berhasrat untuk merancakkan lagi aktiviti pelancongan di kawasan itu, kerana tidak mahu Kunak hanya dianggap ‘titik tengah’ di antara Tawau dan Semporna.

“Kita tahu Semporna telah pun dilimpahi dengan pelancong, jadi Kunak juga menawarkan tempat pelancongan yang menarik. Justeru kami perlukan fasiliti yang sesuai untuk memastikan pelancongan itu dapat diaktifkan.

“Termasuklah usaha untuk memastikan Lebuhraya Pan Borneo itu berjalan dengan lancar agar limpahan ekonomi dapat dirasai oleh penduduk kunak.

“…yang terkini kita tunggu-tunggu adalah pelaksanaan Bandar Baru Kunak yang pastinya memberi lagi ruang pekerjaan untuk belia,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top