Isu pemalsuan dokumen pemain warisan: KBS, KDN bertindak secara bersama

Isu pemalsuan dokumen pemain warisan: KBS, KDN bertindak secara bersama

Isu pemalsuan dokumen pemain warisan: KBS, KDN bertindak secara bersama


Hannah (lima dari kanan, belakang) bersama barisan atlet pada Pengumuman Penajaan Rasmi Kerjasama Skechers bersama Team Malaysia bagi Sukan SEA ke-33 Thailand di The Exhcange, TRX pada Rabu. Turut hadir, Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Datuk Wira Dr Nur Azmi Ahmad dan Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Zann Le. Foto Bernama

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengambil langkah wajar berhubung isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan, selepas meneliti alasan bertulis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, KBS mengikuti rapat perkembangan kes ini dan peranan KDN adalah kritikal memandangkan aspek jenayah berada di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.

“Untuk aspek itu adalah di bawah bidang kuasa KDN jadi kita serahkan kepada kementerian itu dan saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) tetapi belum dapat lagi maklum balas. Saya sendiri sedang meneliti alasan bertulis penuh FIFA.

“Saya rasa bagi beliau masa untuk meneliti juga dan kemudiannya saya pasti KDN akan menjawab,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pengumuman penajaan Skechers bersama atlet negara ke Sukan SEA 2025 Thailand, di sini pada Rabu.

Semalam, menerusi alasan bertulis penuh setebal 63 muka surat yang dikeluarkan, Jawatankuasa Rayuan FIFA mengarahkan sekretariat mengambil langkah sewajarnya untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa di lima negara iaitu Brazil, Argentina, Belanda, Sepanyol dan Malaysia.

Menurut jawatankuasa itu, pemalsuan merupakan satu kesalahan jenayah di negara-negara terbabit dan adalah penting agar pihak berkuasa dimaklumkan supaya siasatan serta prosiding jenayah sewajarnya dapat dijalankan.

Hannah berkata, pihaknya akan memberi penerangan lanjut berhubung persoalan membabitkan FAM dan FIFA di Parlimen esok.

“KBS akan menggulung dalam Parlimen iaitu belanjawan KBS untuk 2026 akan dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen. Jadi, semua ini akan dijawab dalam Parlimen,” katanya. – Bernama

Ringkasan AI

  • Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan skuad kebangsaan
  • Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengikuti perkembangan kes dan menyatakan peranan KDN kritikal dalam aspek jenayah
  • Hannah Yeoh telah menghubungi Menteri Dalam Negeri tetapi belum mendapat maklum balas Jawatankuasa Rayuan FIFA mengeluarkan alasan bertulis setebal 63 muka surat dan meminta sekretariat memaklumkan kepada pihak berkuasa di lima negara termasuk Malaysia
  • Pemalsuan dokumen merupakan kesalahan jenayah dan penting untuk pihak berkuasa dimaklumkan untuk siasatan dan prosiding jenayah



Source link

OR

Scroll to Top