Mbaye tinggalkan PSG, sertai Villa


Paris: Penyerang muda Senegal, Ibrahim Mbaye, meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Aston Villa secara tetap, umum kedua-dua kelab itu hari ini.

Mbaye, 18, menamatkan pengembaraan selama lapan musim bersama PSG selepas menyertai akademi kelab itu ketika berusia 10 tahun.

Dia mencipta sejarah pada 2024 apabila menjadi pemain termuda PSG memulakan perlawanan Ligue 1 ketika berdepan Le Havre pada usia 16 tahun, enam bulan dan 23 hari.

Mbaye membuat penampilan sulung dalam Ligue 1 pada tahun sama sebelum mengumpul lapan trofi bersama kelab itu, termasuk dua kejuaraan Liga Juara-Juara dan dua gelaran Ligue 1.

Di pentas antarabangsa, Mbaye menukar kesetiaan daripada Perancis kepada Senegal pada 2025 selepas mewakili negara Eropah itu di peringkat remaja sebelumnya.

Dia kini sudah mengumpul 15 penampilan bersama skuad senior Senegal dengan empat gol.

Mbaye turut mencuri perhatian pada Piala Dunia tahun ini apabila menjaringkan gol ketika Senegal berdepan Perancis.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top