SEREMBAN: OSK Property (OSK) memperkenalkan Bayu68, hab komersial pertama di perbandaran matang OSK Iringan Bayu, Seremban.
Pembangunan ini disasarkan sebagai nadi perniagaan yang rancak bagi komuniti sedia ada dan populasi yang terus berkembang dalam perbandaran seluas 1,717 ekar itu.
Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property, Ong Ghee Bin, berkata Bayu68 adalah langkah semula jadi dalam pertumbuhan OSK Iringan Bayu.
“Bayu68 bermatlamat untuk menggabungkan perniagaan, tawaran gaya hidup, dan perkhidmatan yang akan meningkatkan pengalaman hidup komuniti.
“Ini lebih daripada sekadar ruang komersial, ia adalah mengenai mewujudkan peluang dan memupuk ekonomi tempatan yang makmur,” katanya.
Bayu68 menawarkan sejumlah 68 unit komersial, terdiri daripada pejabat kedai satu dan dua tingkat.
Ciri-ciri unik yang ditawarkan bagi unit perniagaan ini termasuk susun atur fleksibel dengan dinding yang boleh diubah suai (hackable walls), fakad (facade) kaca penuh untuk penglihatan maksimum serta kawasan alfresco.
Saiz unit bermula dari 1,650 kaki persegi hingga 6,203 kaki persegi, sesuai untuk perniagaan makanan dan minuman (F&B) serta peruncitan.
Potensi pelanggan yang kukuh
Sejak dimulakan pada 2017, OSK Iringan Bayu telah berkembang daripada 770 ekar kepada lebih 1,700 ekar hari ini.
Pangkalan pelanggan sedia ada di perbandaran ini sangat kukuh, terdiri daripada pemilik hampir 3,500 buah rumah, di mana hampir 70 peratus telah diduduki.
Fakta ini menghasilkan populasi pelanggan sedia ada hampir 10,000 penduduk untuk Bayu68.
Selain itu, ketersambungan perbandaran ini turut diperkukuh dengan pembukaan jalan baharu yang menghubungkan OSK Iringan Bayu terus ke Seremban 2.
Laluan terus ini memendekkan masa perjalanan antara dua destinasi kepada hanya tujuh minit sekali gus meluaskan potensi pelanggan Bayu68.
Keunikan lokasi dan peluang pelaburan
Bayu68 diposisikan sebagai peluang pelaburan mercu tanda kerana ia adalah pembangunan komersial pertama di OSK Iringan Bayu.
Menawarkan kedudukan strategik, Bayu68 terletak tepat di sepanjang bahagian hadapan utama Jalan Iringan Bayu.
Oleh itu, ia menikmati kelebihan seperti pendedahan yang maksimum dari jalan utama, ketersambungan ke kawasan perbandaran yang lancar, dan laluan terus ke Forest Park yang serba baharu.
Untuk kemudahan, sebanyak 368 petak parkir disediakan termasuk empat petak pengecasan EV.
Setiap unit juga dilengkapi dengan ruang papan tanda berukuran 22 kaki kali 4 kaki di bahagian hadapan sekali gus memastikan kebolehlihatan dan kehadiran jenama yang kuat.
Dengan harga permulaan dari RM650,000, Bayu68 menyajikan peluang pelaburan yang praktikal dan menarik.
“OSK Iringan Bayu diwujudkan sebagai perbandaran yang mendekatkan penduduk dengan alam semula jadi namun dilengkapi dengan kemudahan moden dan ketersambungan yang kukuh.
“Dengan perancangan teliti, ruang hijau yang subur dan komuniti yang semakin berkembang, perbandaran ini terus menarik minat keluarga dan pemilik rumah yang mencari gaya hidup sihat di Seremban,” kata Ong.
Perbandaran OSK Iringan Bayu turut terkenal dengan ciri-ciri pemenang anugerah, termasuk Taman Wetland seluas 22 ekar, yang merupakan pemenang Emas Dunia Kategori Alam Sekitar Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2025.
Di samping itu, OSK Iringan Bayu juga menawarkan pelbagai pilihan kediaman yang direka bentuk dengan teliti. Ini termasuk rumah teres dua tingkat siri Irumia (dari RM406,024), Reveria (dari RM430,058) dan Aleria (dari RM448,688).
Untuk maklumat lanjut mengenai OSK Iringan Bayu dan Bayu68, layari iringanbayu.com.my atau hubungi +6013 255 7222.
© New Straits Times Press (M) Bhd






