Aaron-Wooi Yik mara suku akhir Terbuka India

Aaron-Wooi Yik mara suku akhir Terbuka India


Aaron-Wooi Yik mara suku akhir Terbuka India Super 750.

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir Terbuka India di New Delhi.

Di Kompleks Sukan Indira Gandhi, gandingan pilihan kelima itu hanya mengambil masa 34 minit untuk menyingkirkan pasangan dari China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han, 21-10, 21-18.

Bekas juara dunia 2022 itu akan berdepan sama ada pasangan pilihan keempat dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto atau Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh dari Thailand.

“Kami semakin mendapat semula rentak permainan selepas tewas di pusingan kedua kepada gandingan Taiwan, Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen pada Terbuka Malaysia 2025 minggu lalu.

“Kami perlahan-lahan mendapat semula rentak tetapi masih ada ruang untuk ditingkatkan,” katanya kepada media.



Source link

OR

Scroll to Top