“Urut-Urut Lepas Tu Post Media Sosial, Pejabat Agama Tengok Je Ke? – Netizen


Umum mengetahui hubungan rapat antara usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sering menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, video memaparkan kemesraan mereka menjadi bualan memaparkan Fazley menemani Vida bersama anaknya, Cik B.

BACA: “Macam Suami Isteri Dah” – Fazley Yaakob Bantu Rawat DSV, Netizen Tanya Dah Nikah Ke?

Menerusi video tersebut, Fazley dilihat sedang mengurut kepala Vida yang dipercayai kurang sihat. 

Bagaimanapun, ada netizen mempersoalkan mengenai status hubungan mereka serta bertanyakan adakah Vida dan Fazley sudah bernikah melihatkan video tersebut.

Terdahulu, Fazley mengesahkan hubungan mereka sudah mendapat restu ibunya dan menunggu masa sesuai untuk mengumumkan pernikahan.






Source link

OR

Scroll to Top