“Berhijab Adalah Untuk Perbaiki Diri, Bukan Semata-Mata Tutup Aurat” 


Pelakon Aiman Hakim berkata isterinya Zahirah MacWilson kini dalam proses menjadi muslimah lebih baik serta memahami perubahan apabila tampil berhijab.

Memetik Oh Bulan, Aiman berkata apa yang paling utama memahami mengenai penghijrahan yang sebenar dimana ia bukan sekadar menutup aurat semata-mata.

BACA: Zahirah MacWilson Terpaksa Tolak Beberapa Tawaran Lepas Berhijab

“Dia sebenarnya sedang mencuba. Pada saya yang penting bukanlah setakat bertudung tetapi apa yang ada di sebalik hijab. Bagi saya dia harus tahu sebab serta kebaikan pemakaian tersebut, yang penting sebenarnya adalah keperibadian seseorang.

“Berhijab adalah untuk memperbaiki diri, bukan semata-mata sebab untuk menutup aurat,” katanya.

Sementara itu Aiman berkata dia turut menitipkan nasihat kepada Zahirah mengenai keperibadian dan adab apabila sudah berhijab.

“Ya, ada diberitahu saya untuk memakai hijab dan banyak bertanya kepada saya juga. Tetapi yang saya tekankan adalah keperibadian. Pada saya dia mesti faham mengapa dia pakai hijab, bukan semata-mata kerana pemakaian itu.

“Isi kandungan sebagai seorang muslim itu lebih penting sebenarnya. Kalau pakai tudung tapi tak ada adab pun tak guna,” katanya.

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top