ACC 2026: Sawda pecah rekod remaja Asia untuk emas ujian masa 1km

ACC 2026: Sawda pecah rekod remaja Asia untuk emas ujian masa 1km


Sawda merangkul pingat emas acara ujian masa 1km remaja wanita pada ACC 2026 di Tagaytay, Filipina. Foto: MSN

PELUMBA remaja trek sensasi negara Sawda Hasbullah merangkul pingat emas acara ujian masa 1 kilometer (km) remaja wanita pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2026 di Tagaytay, Filipina, hari ini.

Atlet berusia 18 tahun itu bukan sahaja berjaya mempertahankan gelaran yang dimenanginya di Velodrom Nasional Nilai, tahun lepas malah turut memecahkan rekod remaja Asia miliknya dengan catatan masa satu minit 09.604 saat (s).

Rekod lama remaja Asia yang dilakukannya ialah 1:10.818s.

Pelumba Korea Selatan Lee Hyun Ji meraih pingat perak dengan catatan masa 1:10.640s manakala wakil India S Thabitha memperoleh pingat gangsa dengan 1:12.613s.

Terdahulu, Sawda gagal mempertahankan pingat emasnya dalam acara pecut.

Sawda turut meraih pingat gangsa bersama Nur Umairah Qhaisara Zulfikha Razak dan Davia Evriel Eriana Azif dalam acara pecut berpasukan remaja wanita. – Bernama

Ringkasan AI

  • Sawda Hasbullah menang emas ujian masa 1 km remaja wanita di ACC 2026.
  • Sawda pecahkan rekod remaja Asia dengan masa 1:09.604s.
  • Rakan sepasukan, Lee Hyun Ji berjaya meraih perak, India pula gangsa.
  • Sawda gagal pertahan emas dalam acara pecut.
  • Sawda, Nur Umairah, dan Davia Evriel menang gangsa pecut berpasukan.



Source link

OR

Scroll to Top