ACC sedia bantu Palestin bangunkan komuniti berbasikal

ACC sedia bantu Palestin bangunkan komuniti berbasikal


KONFEDERASI Berbasikal Asia (ACC) menyambut baik perkembangan positif di Timur Tengah susulan gencatan senjata dan perjanjian yang menandakan fasa pertama proses damai di rantau berkenaan.

Presidennya, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, langkah itu membawa sinar harapan baharu bukan sahaja kepada keluarga dan negara yang terlibat, tetapi juga kepada generasi akan datang.

“Keamanan ialah asas kepada kemanusiaan dan platform utama untuk sukan berkembang dengan sihat.

“ACC amat gembira mendengar berita gencatan senjata ini yang menandakan permulaan proses damai di Timur Tengah,” katanya di laman sosial medianya pada Jumaat.

Menurut Amarjit yang juga Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Dunia (UCI), keamanan sejagat memberi ruang kepada masyarakat dunia termasuk komuniti sukan untuk membina semula kehidupan dengan semangat perpaduan dan kemajuan bersama.

Beliau turut menzahirkan harapan agar Palestin dapat memainkan peranan lebih aktif dan berbangga dalam arena berbasikal Asia, sejajar dengan aspirasi ACC untuk memperkukuh penyertaan semua negara anggota.

“Sebagai badan induk berbasikal Asia, ACC bersedia membantu membangunkan semula serta menyokong komuniti berbasikal Palestin sebagai bukti bahawa sukan mampu menjadi kuasa penyembuh, penyatu dan pemangkin kemajuan,” kata Amarjit.

Beliau yang juga Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menegaskan, keamanan sejati hanya dapat dicapai melalui usaha bersama dan semangat solidariti global.

“Mari kita kayuh bersama ke arah jalan kedamaian,” katanya.

Ringkasan AI

  • KONFEDERASI Berbasikal Asia (ACC) menyambut baik perkembangan positif gencatan senjata dan perjanjian damai di Timur Tengah
  • Presiden ACC, Datuk Amarjit Singh Gill menganggap langkah ini sebagai sinar harapan bagi generasi akan datang
  • Keamanan dianggap asas untuk kemanusiaan dan perkembangan sukan
  • ACC berhasrat agar Palestin lebih aktif dalam berbasikal Asia, sejajar dengan aspirasi memperkukuh penyertaan semua negara anggota
  • Amarjit menekankan keamanan sejati dapat dicapai melalui usaha bersama dan semangat solidariti global



Source link

OR

Scroll to Top