ACLE: JDT diikat Shanghai Port FC 2-2

ACLE: JDT diikat Shanghai Port FC 2-2


KUALA LUMPUR – Hasrat wakil negara Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamer ‘taring’ pada perlawanan pertama Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 tidak kesampaian apabila terikat 2-2 dengan Shanghai Port FC di Shangai, China hari ini.

Pada aksi berlangsung di Stadium Bolasepak Pudong itu, skuad Harimau Selatan dibimbing Hector Bidoglio terdahulu selesa mendahului menerusi gol dijaringkan Arif Aiman Mohd Hanapi pada masa tambahan separuh masa pertama.

Pasukan tuan rumah bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan selang tiga minit separuh masa kedua dimulakan hasil jaringan Gustavo Henrique da Silva Sousa.

Tersentak dengan kedudukan itu, Arif Aiman menambah gol kedua untuk kembali meletakkan skuad Harimau Selatan di depan hasil jaringan pada minit ke-56.

Keadaan kucar-kacir di hadapan gawang JDT bagaimanapun dimanfaat Willian Popp yang melakukan jaringan penyamaan pada minit ke-72 sekali gus menafikan kekalahan skuad The Red Eagles di halaman sendiri.

JDT akan melayan kunjungan Shanghai Shenhua FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri bagi aksi kedua saingan pada 1 Okt depan. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top