Adam Shahz Syukur Diberi Hak Melawat, Bermalam Bersama Anak

Adam Shahz Syukur Diberi Hak Melawat, Bermalam Bersama Anak


Pelakon Adam Shahz meluahkan rasa syukur hak hadanah membabitkan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia sudah pun selesai.

Menerusi perkongsian di Instagram, Adam berkata selepas beberapa tahun naik turun mahkamah dia dapat menuntut hak sebagai bapa untuk melawat dan bermalam dengan anaknya.

BACA: Fatin Afeefa Syukur Dapat Hak Jagaan Penuh Anak

“Alhamdulillah, dengan izinNYa. Setelah beberapa tahun turun naik, akhirnya saya dapat menuntut hak saya sebagai ayah. Hak melawat dan bermalam,” tulisnya.

Sementara itu, Adam berkata meskipun pindaan penjagaan penuh tidak dipersetujui, namun dia terima keputusan itu dengan hati terbuka.

“Walaupun pada mulanya saya kemukakan pindaan untuk memberi sepenuhnya hak jagaan anak tidak dipersetujui pihak defender. Terima kasih Allah,” katanya.

Semalam Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur mendapat hak penjagaan penuh bagi anak perempuannya.






Source link

OR

Scroll to Top