May 21, 2024

Adira tak halang anak jadi artis



am@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur: Penyanyi, Adira Suhaimi, 33, tidak menghalang jika anak perempuannya, Anggrek, 7, mahu mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni tanah air. 

Adira berkata, sebagai ibu dia sentiasa memberi sokongan kepada minat anak sulungnya itu.

“Apa saja cabang seni dia minat, saya tetap sokong. Sebagai contoh, kalau dia minat berlakon, saya akan hantar dia ke kelas lakonan.

“Kalau dia minat menari, saya akan hantar dia ke kelas menari. Saya juga nampak Anggrek banyak ‘copy’ (cermin) diri ini.

“Saya juga ada mendengar dia menyanyi di rumah dan pada masa sama, saya nampak dia boleh berlakon,” katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, kata Adira, anak perempuannya itu menunjukkan minat dalam bidang peragaan sejak kecil.

Terbaru, Anggrek akan mewakili Malaysia sempena Kids International Fashion Week 2024 di Bangkok pada 27 hingga 28 April ini.

“Saya juga akan menemani Anggrek untuk memberi sokongan padanya di sana,” katanya.

Berkongsi mengenai Anggrek lagi, kata Adira, dia sangat matang berbanding usianya yang masih kecil.

“Mungkin dia cepat dapat adik sebab itu cepat matang berbanding kanak-kanak sebayanya.

“Anggrek seorang yang sangat memahami dan mendengar arahan dan dia seperti sahabat baik saya.

“Bila balik rumah selepas keluar bekerja, dia dan tiga adiknya buat saya tiada masa nak bersedih melayan mereka yang bermacam ragam dan menceriakan hidup saya,” katanya.

Selain Anggrek, hasil perkongsian hidup dengan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, Adira memiliki tiga lagi anak iaitu Asan,6; Anggun, 5; dan Ayob, 2; hasil perkongsian hidup dengan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top