May 18, 2024

Amaran ribut petir, hujan lebat di Sarawak – METMalaysia


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang untuk beberapa kawasan di Sarawak sehingga pukul 6 petang ini.

Antara kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat adalah Kuching, Sri Aman, Betong dan Sarikei.

METMalaysia dalam hantaran di akaun Facebook rasminya memaklumkan perkara itu sebentar tadi.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Katanya, orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top