July 27, 2024

Ahmad seru orang muda tidak terpukau TikTok, layari laman sosial pemimpin kerajaan

Ahmad seru orang muda tidak terpukau TikTok, layari laman sosial pemimpin kerajaan


KUALA LUMPUR – Golongan muda berusia di bawah 24 tahun disaran agar tidak mudah terpukau dengan penggunaan TikTok yang penuh dengan segala perkara membingungkan.

Sebaliknya, mereka perlu melayari laman-laman sosial pemimpin-pemimpin kerajaan serta kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan yang banyak menghasilkan kejayaaan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Katanya, tidak wajar untuk terpengaruh dengan pembangkang kerana mereka tidak boleh memberikan apa-apa yang boleh membawa manfaat.

“Jangan kita terpukau dengan TikTok pemimpin pembangkang…untuk apa jadi pembangkang, untuk apa jadi pembangkang?

“Cuba kita hilangkan kebuntuan dalam kepala dan jawab soalan ini..apa faedah bersama pembangkang, tidak boleh melakukan banyak perkara tetapi, kerajan yang boleh melakukan banyak perkara,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Penyerahan 12 Projek Siap oleh Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau berkata demikin ketika diminta mengulas mengenai kajian Institut Darul Ehsan (IDE) apabila menyatakan kejayaan kerajaan perpaduan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu lalu adalah disebabkan oleh undi bagi kategori umur 41 tahun ke atas.

Menurut IDE, Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh undi pengundi muda yang berusia 18 hingga 24 tahun.

Mengulas mengenai kajian tersebut Ahmad yang juga timbalan menteri kerja raya berkata, beliau tidak tahu setakat mana benarnya kajian tersebut kerana beliau sendiri tidak membuat kajian seumpama itu.

Bagaimanapun, beliau tidak menidakkan kajian yang dibuat institut berkenaan.

Sementara itu Ahmad optimis sekiranya berlaku pilihan raya kecil (PRK) di tujuh kawasan yang membabitkan tujuh wakil rakyat pembangkang, PH akan menyapu bersih kesemua kerusi tersebut.

Katanya, ia boleh berlaku susulan notis yang dihantar oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) berkaitan perlembangaannya.

“Saya menyerulah, mengambil kejayaan di PRK KKB, kita UMNO dan Barisan Nasional mempunyai keyakinan boleh memenangi tujuh kawasan tesebut jika kita diberikan peluang untuk bertanding…yang mana tujuh kerusi itu sebenarnaya kerusi UMNO dan BN.

“Saya telah menyebut sebelum ini, selaku Ketua Sekretariat War Room (bilik perang) agar ketujuh-tujub tempat itu membuka war roomnya masing-masing.

“Bukalah war room…kita kena bersiap. Kemenangan di Kuala Kubu Baharu amat mengajar kita terntang kekukuhan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kemenagan,” ujarnya. – MalasiaGazette

 



Source link

OR

Scroll to Top