Aina sebak raih perak Petanque Asia

Aina sebak raih perak Petanque Asia

Aina sebak raih perak Petanque Asia


Aina (kanan) bersama Harith (kiri) dan Azwan masing-masing menghadiahkan pingat buat kem negara pada Kejohanan Petanque di Cheras pada Jumaat.

TUAH Nur Iman Aina Ahmad Sabti yang membuat penampilan sulung dalam acara shooting wanita apabila menyumbang pingat perak buat negara pada Kejohanan Petanque Asia 2025 di Cheras pada Jumaat.

Dalam saingan akhir di Arena Petanque Kuala Lumpur, pakar acara triples itu terpaksa akur tewas 22-27 kepada wakil Indonesia, Anni Saputri.

Aina yang dilihat agak beremosi sejurus tamat perlawanan mengakui tidak menyangka dapat melangkah jauh dalam acara shooting tersebut.

“Ini kali pertama saya bertanding dalam acara shooting dan mara ke final. Ia sangat mencabar, tetapi saya sudah berikan aksi dengan sepenuh jiwa.

“Lawan hari ini (Jumaat) sangat kuat dan dia sudah menewaskan atlet Thailand yang merupakan juara dunia. Saya akan bekerja lebih keras menjelang Sukan SEA nanti,” katanya.

Pasukan negara turut meraih satu lagi perak dalam kategori shooting remaja selepas Muhd. Harith Muhaimin Hafaizul tewas 26-29 kepada Nun Ravin dari Kemboja di pentas final.

“Prestasi hari ini agak menurun berbanding semalam (Khamis), tetapi saya sudah cuba yang terbaik. Pingat perak ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus maju,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhd. Nuzul Azwan Temizi yang beraksi dalam acara shooting lelaki pula tetap berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas 19-27 kepada atlet Taiwan, Wu Kun Yu dalam saingan separuh akhir.

Ringkasan AI

  • TUAH Nur Iman Aina Ahmad Sabti menyumbang pingat perak dalam acara shooting wanita pada Kejohanan Petanque Asia 2025
  • Di final, Aina tewas kepada wakil Indonesia, Anni Saputri dengan skor 22-27
  • Ini merupakan penampilan sulung Aina dalam acara shooting dan dia berjaya mara ke final
  • Aina berazam akan bekerja lebih keras menjelang Sukan SEA setelah tewas kepada lawan yang menewaskan juara dunia dari Thailand
  • Muhd. Harith Muhaimin Hafaizul juga meraih perak dalam kategori shooting remaja dan Muhd. Nuzul Azwan Temizi memenangi gangsa dalam acara shooting lelaki



Source link

OR

Scroll to Top