Aisha Retno Impi Berlakon, Bakal Hadiri Sesi Ujibakat Puteri Gunung Ledang The Musical – “Saya Tak Nak Lepaskan Peluang”

Aisha Retno Impi Berlakon, Bakal Hadiri Sesi Ujibakat Puteri Gunung Ledang The Musical – “Saya Tak Nak Lepaskan Peluang”


Penyanyi berbakat Aisha Retno tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadiri uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) yang bakal dipentaskan pada Oktober ini.

Kata Aisha, impiannya untuk menjadi pelakon dan terlibat dalam karya ikonik itu adalah sesuatu yang sudah lama diimpikannya.

“Ya Allah, itu memang impian saya! Saya membesar dengan menonton filem PGL. Bila dengar ura-ura teater muzikal PGL akan dibuat semula pada Oktober ini, saya rasa tak nak lepaskan peluang.

“Tetapi saya perlukan rehat jadi saya kena pandai cari cara untuk membahagikan masa sebab untuk membuat teater muzikal bukanlah sesuatu yang mudah.

“Komitmen menyanyi live, berlakon dan benda itu dilakukan hampir setiap hari. Oktober adalah selepas AJL40, kita tengok macam mana,”katanya.

Aisha berkata demikian ketika ditemu pada sesi sidang media pengumuman finalis Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) baru-baru ini.

Meskipun sedar dengan komitmen besar yang perlu dihadapi, pemilik nama sebenar, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, berkata, dia memerlukan waktu rehat yang cukup untuk membahagikan masa selain ujibakat itu dilakukan sebaik sahaja AJL40 berlangsung.

“Tetapi saya perlukan rehat jadi saya kena pandai cari cara untuk membahagikan masa sebab untuk membuat teater muzikal bukanlah sesuatu yang mudah.

“Walaupun teater muzikal sangat mencabar sebab kena menyanyi live sambil berlakon setiap hari tetapi saya tetap nak cuba.

“Saya akan pergi ke sesi uji bakat (audition) pada 29 April ini. Tak salah mencuba, mana tahu ada rezeki. Doakan saya ya!,” jelasnya.

 

Terdahulu, Penerbit Eksekutif dan Pengarah Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM), Puan Sri Tiara Jacquelina kembali menghidupkan legenda ikonik berkenaan dengan membuka sesi uji bakat rasmi bagi mencari barisan pelakon generasi baharu.

Jelasnya, peluang ini dilihat sebagai ruang untuk bakat muda melangkah ke pentas besar dan menjadi sebahagian daripada naskhah yang pernah mencuri hati penonton.



Source link

OR

Scroll to Top