Perkongsian penyanyi Amira Othman menjadi perhatian memaparkan suaminya, Fattah Amin sedang mengajar anaknya mengaji.
Menerusi hantaran di Insta Story, kelihatan Fattah mengajar anaknya, Nur Fatima Aisya yang mengenakan telekung belajar muqadam.
BACA: Fatima Miliki Beg Tangan Hermes Kelly Jadi Perhatian

Turut menjadi perhatian apabila Amira mengatakan Fatima mengatakan bapanya ‘ustaz daddy’.
“Fatima cakap ni ustaz daddy. Comel betul,” tulisnya.
Sementara itu, hantaran tersebut turut dimuat naik oleh seorang netizen yang memuji pasangan berkenaan dalam menerapkan ilmu agama kepada Fatima.
Amira dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu. Amira bakal menimang anak sulung dijangka pada Jun ini.






