Tahniah diucapkan buat pelakon Eyka Farhana yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya bayi lelaki pada Sabtu lalu.
Menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi, Eyka turut berkongsikan nama anak sulungnya itu iaitu Muhammad Luay Khayr.
BACA: “Eyka Pandai Masak” – Keperibadian Eyka Farhana Buat Akhyar Jatuh Cinta
Dalam hantaran tersebut, Eyka turut memaklumkan dia selamat bersalin secara normal serta meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anak sulungnya itu.
Untuk rekod, Eyka dan Akhyar Rashid mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2024.






