Sejak kebelakangan ini pelakon dan penyanyi Aiff Aziz menjadi perhatian ramai apabila dilihat kembali aktif dalam dunia seni.
Baru-baru ini, Aliff memuat naik video memaparkan dirinya sedang menjalani penggambaran dan kelihatan aktres terkenal, Acha Septriasa.
BACA: “Mengaku Muslim Tapi..” – Ibu Aliff Aziz Kesal Budaya Fitnah Melampau
“Tuhan tahu kita saling mencintai, namun takdir membawa kita menempuh haluan yang berbeza. Mode kerja, on,” tulisnya.
Meskipun tidak berkongsikan lebih lanjut mengenai hantaran berkenaan, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Aliff untuk terus maju kehadapan.
Sementara itu, ada antara peminat tidak sabar menanti karya Aliff serta mendoakan agar rezeki aktor itu melimpah ruah selepas ini.







