Umum sedia maklum bahawa pelakon genit, Datin Anne Ngasri yang dulu popular ketika membintangi drama era 90-an cili padi kini sudahpun melebarkan sayap ke kancah politik negara, terutama apabila sah bergelar suri hati kepada ahli politik, Datuk Mohd Sumali Reduan
Lebih menarik lagi, Anne Ngasri mengakui bidang politik telah membuka matanya untuk melihat dengan lebih dekat realiti kehidupan rakyat di Malaysia.
Menurut Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, realiti itu juga telah membuatkan dirinya bertambah semangat untuk berkerja lebih keras dalam usaha untuk memperjuangkan nasib rakyat.
Turun Padang Bantu Masyarakat Pengalaman Indah
“Bila saya turun padang, ia merupakan satu perasaan yang sangat indah. Sebelum ini, saya hanya berlakon di tv untuk babak membantu orang.
“Kini, saya berjumpa dengan pelbagai peringkat masyarakat. Ia turut memberikan kesedaran kepada saya sebagai seorang manusia.
“Walaupun ada yang tak suka dengan kerjaya ahli politik, pada saya mereka melihatnya daripada sudut lain. Bila saya turut padang, ia sangat dekat di hati saya,” katanya.
Adik kepada pelakon Bell Ngasri itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen Nona Glam Raya pada Rabu.
Terlalu Banyak Momen ‘Sentuh Hati’ Anne Ngasri
Dalam pada itu, Anne akui dia telah banyak berdepan situasi menyentuh hati sepanjang inisiatifnya menyantuni masyarakat di Malaysia.
“Terlalu banyak momen yang menyentuh jiwa. Bila kita lihat realiti kehidupan rakyat Malaysia, saya rasa masyarakat kita perlu mensyukuri jasa para pemimpin.
“Kerana apa yang terjadi hari ini adalah kerana hasil usaha sesebuah parti itu kepada negara.
Artikel berkaitan: Netizen Puji Anne Ngasri Maintain Slim & Wajah ‘Baby Face’ Lepas Lahirkan Anak Kelima. Ini Rahsianya!
“Walaupun kita melihat orang itu susah, kita cuba sedaya upaya membina orang itu.
“Saya rasa, orang politik ini lebih memikirkan orang lain tanpa mengira siapa orangnya. Itu yang perlu kita hargai,” ulasnya lagi.
Malah, Anne turut menyifatkan jasa orang politik sangat besar dalam pembangunan sesebuah negara.
“Politik ini tak semestinya perkara-perkara yang tidak baik sahaja seperti yang ramai perkatakan.
“Kalau kita lihat semula, bidang politik ini sangat mulia jasanya. Apa yang kita ada sekarang ini merupakan hasil tangan kerja orang politik.
“Mungkin disebabkan minat itu, Allah izinkan saya ceburi bidang politik. Saya masuk bertanding dan diizinkan menang.
“Ini bermakna Allah mahu memberikan saya tanggungjawab itu. In Sha Allah, doakan saya supaya mampu melakukan yang terbaik,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Artikel berkaitan: Pernah Buka HIJAB Gara-Gara Dapat Tawaran Tinggi, Anne Ngasri MENYESAL & Terus ISTIQOMAH Hingga Kini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Anne Ngasri
Download seeNI sekarang!


Sebelum tibanya Ramadan, negara dilambakkan dengan pelbagai kisah-kisah negatif yang bertebaran di laman sosial yang disajikan kepada kita dan tidak enak didengari halwa telinga.
Tidak kira sama ada cerita berkenaan golongan kenamaan, selebriti mahupun melibatkan warganet.
Malah, isu-isu yang sering menjadi sorotan adalah berhubung isu-isu perkahwinan, penceraian, keganasan rumah tangga, perbalahan dan macam-macam lagi perkara negatif hingga kita muak mendengarnya meski pun berada di bulan mulia Ramadan Al Murbarak.
Ramadan Cuma Sebulan, Patut Dimanfaatkan Dengan Perkara Positif
Perkara ini mendatangkan rasa terkilan dan kurang senang di hati personaliti televisyen dan juga pengacara berpengalaman, Ahmad Fedtri Yahya atau lebih mesra disapa sebagai Fedtri.
Sehubungan itu, menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Fedtri mengulas berkenaan lambakan berita negatif di media sosial agar memberi kesedaran supaya masyarakat lebih cakna memanfaatkan bulan Ramadan.
Dalam hantaran berkenaan Fedtri di lihat memuatnaik sekeping foto memaparkan keratan akhbar mengenai jumlah pelajar yang didaftarkan disebuah sekolah di salah sebuah sekolah di Perak.
Artikel berkaitan: DJ Lin Zahir Rasa Syukur, Allah Jemput Jadi ‘Tetamu’ Tanah Suci Di Bulan Ramadan, Pernah..
Namun, apa yang lebih menarik perhatian Hijabista ada coretan yang ditulis Fedtri pada ruangan kapsyen hantaran itu yang solah-olah amat tepat dengan situasi yang melanda masyarakat kita kebelakangan ini.
“Banyak sangat berita negatif walaupun bulan yang suci.. Baik kongsikan kisah-kisah perjuangan yang membina minda dan jiwa. Ramadan hanya sebulan, ayuh manfaatkan.
“Biarlah sendiri di jalan yang benar daripada beramai-ramai tanpa hala dan tujuan. Semoga anak ini menjadi pahlawan merentas zaman yang mencabar.
“Moga juga kesabaran untuk ibu bapa dan guru-gurunya.. 💚” tulis Fedtri ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Mengulas isu tersebut, dapat dilihat Fedtri seakan terkilan kerana lambakan berita-berita negatif yang masih menjadi sajian umum dan ditularkan di media sosial meskipun ketika ini umat Islam sedang menyambut dan menikmati kedatangan bulan suci penuh barakah yang hanya datang sebulan sahaja pada setiap tahun.
Pada pandangan Fedtri, adalah lebih baik sekiranya masyarakat disajikan dan berkongsi perkara-perkara postif yang bermanfaat seperti kisah perjuangan para anbiya’ ataupun perkara-perkara yang mampu membina jiwa, membuka minda serta menjadi santapan rohani yang lebih optimis.
Dalam hantaran sama, Fedtri berharap dan menyeru segenap lapisan masyarakat agar lebih memanfaatkan bulan Ramadan ini selagi masih diberi kesempatan untuk menikmatinya.
Sumber: Instagram Fedtri Yahya
Artikel berkaitan: Mahu Perbaiki Diri, Baim Wong ‘Azam’ Ramadan Kali Ini Mesti Capai Dua Hasrat Untuk..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!


Farhatul Fairuzah selebriti media sosial, meluahkan kesyukuran apabila menerima darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.
Menyarungkan busana berwarna biru firus rekaan Eja Shahril, Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 itu berkongsi beberapa gambarnya dan momen bersama kerabat diraja dan penerima darjah kebesaran serta pingat yang lain menerusi laman Instagramnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Qariah Muda & Adik Beradik Semuanya Pandai Bertarannum, Farhatul Kongsi Rahsianya
Quran buat Ummah
Nor Farhatul Fairuzah Panut merupakan anak bongsu lima beradik kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin, dia juga bekas pelajar Sekolah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan. Mula belajar taranum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah padausia tuhuj tahun. Menariknya mengenai hijabi ini, kesemua adik-beradiknya aktif menyertai pertandingan tilawah, ini baru betul Quran buat Ummah.
Pernah dapat jolokan Umm Kulthum Malaysia dalam kalangan peminat, kerana gemar menyanyi lagu Arab. Penyanyi Umm Kulthum pencipta lagu dan aktres popular Mesir yang terkenal dengan lagu klasik Arab.
Fenomena baharu remaja islam di Malaysia
Ternyata, Nor Farhatul Fairuzah mencetus fenomena baharu dalam dunia remaja Islam di negara ini dan mendorong ramai anak muda mengenali seni membaca ayat suci, termasuk menjadikan tilawah al quran totonan wajib.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah atas pengurniaan tersebut dan berharap dapat menjadi pemangkin semangat kepada generasi muda dan buat Farhatul dalam menyebarkan ilmu al-Quran bukan sahaja di Negara ini malah di serata dunia.
Momen Dikurniakan Darjah Kebesaran
Ditemani ibu tercinta, qariah berusia 23 tahun itu turut merakam gambar kenang-kenangan dan momen-momen bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
ARTIKEL BERKAITAN: Sejuk Hati Dengar Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa Nor Farhatul Fairuzah Ajar Daud Kim Belajar Tarannum
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!


Sebuah portal berita popular telah menyiarkan sebuah video yang memaparkan tentang masyarakat bukan Islam di New Zealand yang begitu tertarik untuk mengetahui mengenai ajaran Islam.
Mereka memenuhi ruang masjid untuk bertanyakan perihal agama Islam seterusnya menyaksikan sendiri bagaimana pelaksanaan solat oleh umat Islam.
MasyaAllah, bukti kekuasaan Tuhan…
Many New Zealanders start visiting the mosques to learn about Islam after terrorist attack on Christchurch mosques, which killed dozens of worshipers
Posted by Converts to Islam on Monday, 18 March 2019
Netizen daripada seluruh dunia juga turut meninggalkan komen positif setelah menyaksikan video tersebut.
kredit: facebook Converts to islam
Download seeNI sekarang!