July 19, 2024

Amanah gesa jalinan jentera PH-BN diperkukuh hadapi PRK mendatang

Amanah gesa jalinan jentera PH-BN diperkukuh hadapi PRK mendatang


KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) mengharapkan kesepaduan jentera antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kekal.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, harapan itu akan dapat diteruskan biarpun jentera gabungan tersebut tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, baru-baru ini.

“Kesepaduan jentera Perpaduan antara PH dan BN yang sedang dibina ini perlu diperkukuhkan bagi menghadapi apa jua pilihan raya yang mendatang terutama PRU ke-16,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, pihaknya menghormati keputusan PRK Sungai Bakap dengan penuh tawadhuk bahawa usaha berterusan akan digerakkan Amanah bagi mengukuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan Perpaduan.

“Amanah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas parti di semua peringkat yang telah memberikan komitmen yang cukup jitu sepanjang tempoh berkempen,” kata Mohamad.

PH-BN menerusi calonnya, Dr Joohari Ariffin tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail pada PRK yang diadakan Sabtu lalu.

Pad PRK itu, Abidin menang kerusi berkenaan dengan memperoleh 14,489 undi menewaskan Joohari yang meraih 10,222 undi. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top