AMB promosi ‘Pemakanan Bijak, Hidup Aktif’ di NMM 2024

AMB promosi ‘Pemakanan Bijak, Hidup Aktif’ di NMM 2024


PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) meneruskan komitmen terhadap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat dengan menjadi penaja utama untuk tahun kelima berturut-turut sempena Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2024 yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

AMB berkata, iisiatif ini adalah sebahagian Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV), bertujuan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat di seluruh dunia.

Ujarnya, menerusi ASV ini, AMB juga secara aktif menyumbang kepada peningkatan kesihatan masyarakat di negara ini.

“Pada tahun ini, NMM 2024 menggunakan tema “Ubah Pemikiran kepada Mencegah Penyakit Berkaitan Diet” bagi menekankan kepentingan mengamalkan pendekatan proaktif dalam mencegah malnutrisi berkaitan diet.

“Tema ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengubah pemikiran mereka ke arah pencegahan dan mengamalkan pemakanan sihat serta gaya hidup aktif,” demikian menurut kenyataan.

Program NMM yang diasaskan sejak tahun 2002 ini juga telah diiktiraf sebagai inisiatif pendidikan nutrisi utama negara yang dianjurkan oleh tiga organisasi profesional nutrisi dan dietetik terkemuka di negara ini (Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM), Persatuan Dietetik Malaysia (MDA) dan Persatuan Komposisi Tubuh Badan Malaysia) dengan matlamat untuk meningkatkan pemahaman terhadap nutrisi dan kesihatan.

Program yang berlangsung pada 22 hingga 26 Mei lalu di Pavilion Bukit Jalil menyaksikan kehadiran lebih 6,600 individu.

Secara tidak langsung menggambarkan komitmen masyarakat terhadap kepentingan menjaga pemakanan dan amalan gaya hidup sihat.

Menurut kenyataan, semasa program tersebut, AMB memperkenalkan konsep baharu bagi pemakanan pintar dengan mengurangkan penggunaan garam dan menambah monosodium glutamate (MSG) bagi mengurangkan kandungan sodium.

“Pada masa sama, AMB menggalakkan orang ramai untuk hidup aktif menerusi minuman jeli dengan asid amino, aminoVITAL® yang dapat membantu meningkatkan prestasi dan ketahanan otot.

“Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan seperti demonstrasi masakan dengan resipi rendah sodium, sesi tarian dengan pengambilan aminoVITAL® dan pelbagai lagi yang bertujuan memberi pendedahan kesihatan yang lebih menarik dan praktikal.

“Melalui inisiatif ASV ini, AMB berharap dapat mendidik rakyat Malaysia mengenai kepentingan pemakanan sihat. AMB komited untuk membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif,” katanya. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top