Usahawan dan personaliti media sosial, Noor Nabila berkongsikan kekasihnya, Ameer Aiman seorang lelaki yang baik dan ikhlas.
Menerusi sesi siaran langsung, Nabila berkata kekasihnya itu juga seorang yang santai serta sentiasa menjadi pendengar setia.
BACA: “Dia Penyayang, Tak Berkira, Nabila Kelakar Sebenarnya” – Kekasih
“Ameer baik walaupun muka dia kadang-kadang ada subtitle, ikhlas, easy going dan seorang pendengar yang setia yang kadang-kadang akan beri pendapat juga. Sesetengah lelaki kan, kadang dengar je,” katanya.
Sementara itu, Nabila berkata Ameer yang cemburu serta seorang yang sangat peramah. Namun Nabila memahami kekasihnya itu masih di usia muda.
“Kuat cemburu? Jeles juga la. Ameer ni over friendly. Benda tak perlu pun dia buat. Yelah kan muda…masih beria. Orang yang umur agak tua ni, kita tak beria sangat,” katanya






