September 8, 2024

Aminuddin nafi PKR Negeri Sembilan bergolak

Aminuddin nafi PKR Negeri Sembilan bergolak


SEREMBAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan berlaku pergolakan dalam PKR negeri itu seperti yang tular di aplikasi TikTok.

Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

“Semua jawatankuasa kita baik, dalam mesyuarat MPN semua hadir cuma saya tak tahulah itu (dakwaan pergolakan) daripada kumpulan mana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata demikian bagi mengulas video tular memaparkan gambarnya dengan dakwaan wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli terhadap kepimpinan negeri.

Beliau berkata video itu difahamkan adalah isu lama yang dimainkan semula. – BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top