July 13, 2024

SPRM tahan reman penasihat strategik kewangan bergelar Datuk Seri

SPRM tahan reman penasihat strategik kewangan bergelar Datuk Seri


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang penasihat strategik kewangan bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bagi tujuan kerja-kerja penggabungan syarikat bernilai kira-kira RM 150,000 sedangkan perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan.

Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 50-an telah ditahan kira-kira  5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama tiga  hari bermula hari ini sehingga 12 Julai 2024 telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022 dengan membuat tuntutan palsu bagi perkhidmatan korporat penggabungan dua entiti syarikat sedangkan perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top