Amy Search Diangkat Sebagai Ikon Rock Sepanjang Zaman

Amy Search Diangkat Sebagai Ikon Rock Sepanjang Zaman


Tiga nama besar dunia seni tanah air iaitu Datuk Yusof Haslam, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Amy Search dipilih sebagai penerima anugerah tertinggi The Knights Award Musim Keempat: Beyond Borders.

Memetik HibGlam, dalam majlis tersebut, Yusof diangkat sebagai Penerbit Sepanjang Zaman (Malaysia), Rosyam sebagai Pelakon Paling Diraikan Sepanjang Zaman (Malaysia), manakala Amy Search menerima anugerah Ikon Rock Sepanjang Zaman (Malaysia).

BACA: Amy Search Hantar Notis Tuntutan Kepada Shila Amzah

Rosyam mengakui sebak apabila bakatnya diiktiraf di peringkat dunia selepas lebih empat dekat berada dalam industri seni tanah air.

“Saya sudah 41 tahun dalam industri lakonan. Bila diberi penghormatan pada malam ini, saya sangat terharu kerana bukan sahaja diiktiraf di Malaysia, tetapi juga oleh lebih 122 negara. 

“Ini sesuatu yang luar biasa dan benar-benar menyentuh hati saya,” katanya.

Sementara itu, Presiden The Knights Award, Dr. Zyro Wong turut menyifatkan kejayaan penganjuran tahun ini membuktikan kemampuan Malaysia berdiri megah di persada antarabangsa.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top