Amyza Aznan sebak, individu tak dikenali bayarkan badal umrah buat allahyarham anak

Amyza Aznan sebak, individu tak dikenali bayarkan badal umrah buat allahyarham anak

Amyza Aznan sebak, individu tak dikenali bayarkan badal umrah buat allahyarham anak


Pelakon, Amyza Aznan meluahkan rasa terharu apabila mengetahui ramai individu yang menunjukkan kasih sayang terhadap anaknya, Allahyarham Andre Mikhail dengan melakukan pelbagai kebaikan selepas pemergiannya.

Tak sangka ada pihak yang sanggup wakafkan wang untuk badal umrah

Menerusi perkongsian di TikTok Amyza, dia sama sekali tidak menyangka ada individu yang tidak dikenali sanggup mewakafkan wang bagi tujuan ibadah badal umrah buat anaknya itu.

“Andre Mikhail, apa amalan kamu? Ramai yang sayang dan mendoakan.
“Daripada orang yang kenal sehingga orang yang mummy tidak pernah kenal telah mewakafkan umrah buat Andre Mikhail,” katanya.

Ada juga yang wakafkan sekotak Yasin atas nama Andre

Dalam video berkenaan, Amyza dilihat tidak dapat menahan sebak apabila memeluk seorang wanita yang mewakafkan sekotak buku surah Yasin atas nama Andre.

Ujarnya pelakon itu, hatinya sangat tersentuh apabila mengetahui individu yang tidak pernah dikenalinya itu dengan ikhlas melakukan kebaikan buat arwah anaknya.

“Hari ini insan yang tak pernah mummy kenal mewakafkan surah Yasin atas nama awak,” luahnya.

Artikel lain: Amyza Aznan kembali bekerja selepas pemergian anak, ramai doakan terus kuat semangat

Untuk rekod, Andre, 20, menghembuskan nafas terakhir pada 23 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur selepas hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.





Source link

OR

Scroll to Top