Pelakon Amyza Aznan terkejut apabila ada individu yang sanggup mewakafkan wang bagi tujuan ibadah badal umrah buat anaknya Allahyarham Andre Mikhail.
Menerusi video dikongsikan di TikTo, Amyza berkata dia tidak menyangka apabila melihat ada ramai yang menunjukkan kasih sayang terhadap Andre selepas pemergiannya.
BACA: Amyza Aznan Sebak, Arwah Anak Sempat Sarung Baju Raya Warna Kuning
“Andre Mikhail, apa amalan kamu? Ramai yang sayang dan mendoakan. Daripada orang yang kenal sehingga orang yang mummy tidak pernah kenal telah mewakafkan umrah buat Andre Mikhail,” katanya.
Sementara itu, Amyza dilihat tidak dapat menahan sebak apabila memeluk seorang wanita yang mewakafkan sekotak buku surah Yasin atas nama Andre.
“Hari ini insan yang tak pernah mummy kenal mewakafkan surah Yasin atas nama awak,” katanya.
Terdahulu, Andre menghembuskan nafas terakhir pada 23 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur selepas hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.






