“Anak Aku Nak Masuk 2 Tahun” – Fyna Jebat Dakwa Disimpan 4 Tahun

“Anak Aku Nak Masuk 2 Tahun” – Fyna Jebat Dakwa Disimpan 4 Tahun

“Anak Aku Nak Masuk 2 Tahun” – Fyna Jebat Dakwa Disimpan 4 Tahun


Perkongsian penyanyi Fyna Jebat meluahkan rasa mendedahkan dirinya telah ‘disimpan’ selama empat tahun oleh seorang individu yang enggan didedahkan identitinya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Fyna berkata pengalaman itu meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada dirinya malah anaknya yang kini hampir mencecah usia dua tahun.

BACA: Dah Cerai, Zainal Abidin Jumpa Fyna Jebat Untuk Selesaikan Masalah

Screenshot

Aku rasa lama dah aku diam. Kawan aku telefon nak bagi duit raya, mula kau meroyan sampai campak telefon aku ke?

“Terpaling tersakiti kau ya. Kemain asal gaduh cakap nak berlawan. Habis itu kau nak aku buka buku kau ke macam mana? Kau salah orang nak gaduh. 

“Empat tahun simpan aku, kau fikir balik apa kau buat pada aku dan anak aku sampai nak masuk dua tahun dah dia,” tulisnya.

Sementara itu, Fyna memilih untuk menyelesaikan isu tersebut melalui mahkamah serta menyindir sikap individu berkenaan yang berpura-pura baik di hadapan orang lain.

“Macam kau tiada kawan perempuan, macam kau terpaling suci. Kalau kau rasa terpaling suci, pergi jujur pada isteri kau. Sampai bila pula hidup aku nak jadi simpanan.

“Sampai anak aku 20 tahun ke nak simpan? Kali ini tiada muka dah untuk kau ya. Sila hadirkan diri di mahkamah bulan empat ya. Jangan rasa terpaling suci sampai terlupa adil,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top