July 27, 2024

Anak KPD Lahad Datu selamat dikebumikan

Anak KPD Lahad Datu selamat dikebumikan



am@hmetro.com.my

Lahad Datu: Jenazah anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hj Khamis, di sini, petang tadi.

Jenazah Nur Arisya Zafrina Dzulbaharin, 14, selamat dikebumikan kira-kira jam 5.30 petang sebaik selesai proses bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Lahad Datu.

Jenazah mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik itu disembahyangkan di Masjid At Taqwa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa dan keluarga, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinian Jais.

Terdahulu, Shahurinain memaklumkan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut atau SDR selepas siasatan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kes ini.

Selain itu, katanya polis turut merampas pistol semi automatik jenis Walther P99 yang dikaitkan dengan insiden berkenaan.

Shahurinain turut memaklumkan, tiga saksi sudah memberi keterangan untuk membantu siasatan polis namun beliau enggan mendedahkan identiti mereka.

Terdahulu, anak perempuan KPD Lahad Datu maut dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu.

Mangsa berusia 14 tahun itu ditemui oleh kakaknya yang berusia 16 tahun dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumah mereka, pada 12.42 tengah hari, semalam.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top