June 13, 2024

Dua menteri Kabinet sepatut tahu, maklum kewujudan titah adendum – Dr Akmal


KUALA LUMPUR – Dua daripada menteri Kabinet sepatutnya mengetahui dan maklum mengenai kewujudan titah adendum yang membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah, kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh,

Beliau merujuk kepada kenyataan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa bagi memastikan titah berkenaan dapat dilaksanakan, mahkamah memerlukan identiti “saksi kritikal” yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib.

Mereka terdiri daripada Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, -Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Oleh itu, kata Dr Akmal, tidak sepatutnya menjadi isu atau keraguan bagi mereka untuk memperakuinya seperti diperlukan, melainkan ada niat yang lain.

“Saya mohon untuk pihak yang bertanggungjawab untuk menjawab kepada persoalan ini,” tegasnya dalam hantaran di Facebook.

Menerusi kenyataan itu, Dr Akmal berkata, pengesahan yang dibuat oleh Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan diketahui oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz dan MEnteri BEsar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung kewujudan Titah Adendum adalah satu berita baik dan amat positif.

Pada 4 April lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui beliau tidak melihat dan tidak mengetahui sebarang bahagian tambahan atau titah adendum pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung kebenaran Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

“Tidak, tidak (saya tidak melihat sebarang tambahan atau titah adendum berkaitan Najib).

“Saya bukan ahli Lembaga Pengampunan. Saya juga tidak tahu,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada beliau melihat tambahan kepada Najib seperti yang didesak oleh peguamnya, Shafie.- MalaysiaGazette

Saifuddin tiada maklumat adendum Najib



Source link

OR

Scroll to Top