Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia

Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia


Kuala Lumpur: Pelakon Amyza Aznan berkongsi khabar memilukan mengenai anak sulungnya Andre Mikhail yang menderita kanser paru-paru apabila disahkan meninggal dunia, sebentar tadi.

Amyza berkongsi pemergian anak tersayangnya itu menerusi hantaran di Instagram Story dan meminta doa ramai sedekahkan Al-Fatihah buatnya.

“Assalamualaikum, dengan dukacita anak saya Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi. Minta semua sedekahkan Al-Fatihah kepada anak saya,” katanya.

Berita sedih itu turut dikongsi rakan artis Didie Alias yang memaklumkan Andre menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10.15 malam, tadi.

Terdahulu, Amyza terdesak dan mohon semua doakan ada keajaiban buat anak sulungnya, Andre Mikhail yang kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Dia bahkan meminta bantuan maklumat dan mencari mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif demi menyelamatkan anak tersayangnya itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top