‘Aneh FIFA layan aduan daripada individu luar’ – TMJ

‘Aneh FIFA layan aduan daripada individu luar’ – TMJ


Tunku Mahkota Ismail Foto ROSLI TALIB

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyifatkan agak aneh tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melayan aduan berhubung isu pemain warisan Malaysia yang dibuat bukan oleh mana-mana pegawai rasmi Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF).

Baginda berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), aduan berkenaan bukan dikemukakan oleh Presiden mahupun Setiausaha Agung VFF sebaliknya daripada individu yang tidak mewakili badan induk bola sepak negara itu.

“Saya dimaklumkan oleh AFC selepas kita menang menentang Vietnam bahawa memang ada aduan dibuat, tetapi bukan daripada Vietnam FA. Bukan daripada presidennya, bukan juga setiausaha agung mereka.

“Jadi bagi saya, agak aneh apabila FIFA sanggup melayan aduan daripada individu luar yang tidak mempunyai kapasiti rasmi. Saya percaya banyak lagi aduan lain daripada pelbagai pihak di luar sana,” titah baginda dalam sidang akhbar.

Tunku Mahkota Ismail turut menegaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai identiti sebenar individu yang membuat aduan tersebut.

“Sejujurnya, saya rasa agak pelik dengan pendekatan ini. Tapi itulah maklumat yang saya terima daripada AFC. Anda boleh semak sendiri dengan mereka,” titah baginda lagi.

Sebelum ini, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendedahkan butiran mengenai aduan rasmi yang membawa kepada denda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya daripada sebarang aksi antarabangsa selama setahun.

Menurut dokumen penuh penghakiman FIFA yang dikeluarkan baru-baru ini, aduan tersebut diterima pada 11 Jun, sehari selepas Malaysia membenam Vietnam 4-0 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pelapor tersebut mengemukakan aduan rasmi kerana percaya bahawa beberapa pemain kelahiran luar negara tidak layak mewakili pasukan negara.

Ringkasan AI

  • Pemangku Sultan Johor menyifatkan tindakan FIFA yang melayan aduan isu pemain warisan Malaysia sebagai aneh
  • Aduan tersebut bukan dikemukakan oleh pegawai rasmi Persekutuan Bola Sepak Vietnam
  • Aduan diterima dari individu yang tidak mewakili badan induk bola sepak Vietnam
  • Tunku Mahkota Ismail tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai identiti individu yang membuat aduan
  • Aduan itu menyebabkan denda kepada Persatuan Bolasepak Malaysia dan penggantungan tujuh pemain warisan dari aksi antarabangsa



Source link

OR

Scroll to Top